SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPINIS

Home | Staf | aktif | Apresiasi SKT | UPSR Ke. | Contact Us

lencana.jpg

Selamat datang

Teguran anda membantu kami


SEJARAH SEKOLAH

 

 

        SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPINIS ialah salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar di daerah Besut negeri Terengganu. Sekolah ini diasaskan oleh Encik Awang bin Latif pada tahun 1946. Beliau seorang penghulu Mukim Kerandang. Beliau berjaya mendirikan sebuah ‘sekolah pondok’ seluas seratus kaki persegi yang dibina secara

Bergotong-royong dengan penduduk tempatan. Usaha murni beliau itu dibantu oleh encik Hamid bin Awang Mat, Ketua Kampung Tempinis pada masa itu.

 Bermula dari detik itu, sekolah ini mula berkembang. Pada tahun 1957, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan,bidang pendidikan mula diberi perhatian. Pada tahun ini juga kementerian Pendidikan telah menghantar seorang guru dan sebuah bilik darjah

Baru bagi menampung 45 orang murid. Guru terlatih yang pertama ditugaskan di sini ialah Dato’ Zakaria bin Abdul Rahman ( Bekas Timbalan Menteri Buruh Malaysia). Pada tahun ini juga sekolah ini dibuka dengan rasminya dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Tempinis mengambil sempena nama kampung ini. Dua tahun kemudian sebuah bangunan baru dibina untuk dijadikan kantin.

 

        Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan bagi membina sebuah bangunan baru bagi menampung jumlah murid yang semakin meningkat. Bangunan ini dijadikan bilik guru besar, pejabat, bilik guru dan bilik darjah. Pada tahun

1984 sebuah lagi bangunan dibina yang mengandungi empat buah bilik darjah. Pada tahun1986 sebuah lagi bangunan empat bilik  darjah dibina. Sebuah kantin baru yang luas dan selesai dibina pada tahun 1988. Pada tahun 2001 sebuah bangunan separuh kekal tiga bilik dibina sebagai bangunan tambahan.

 

        Semenjak tahun 1957 hingga sekarang seramai dua belas orang guru besar telah ditugaskan berkhidmat di sekolah ini. Beliau ialah Dato’ Zakaria bin Abdul Rahman (1957-1962), Encik Abdul Razak bin Mohamad (1962-1963), Encik Mohamad bin Salleh

(1964-31.12.-1967),Mohamad bin Hassan (1.1.1968-31.12-1971),Encik Abdul Hamid bin Daud (1.1.1972-16.2.1975), Encik Ibrahim bin Ahmad (13.3.1975-30.6.1975), Encik Ali bin Abdul Latif (1.7.1975-30.10.1976), Hj. Amri (1.8.1978-30.9.1984), Encik Mohd Noor bin Husin (1.10.1984-15.8.1986 ADUN kawasan Raja bermula tahun 1987), Encik Haji Ibrahim bin Ahmad ( 16.8.1985-30.11.1987) dan   Encik Mohd bin Muda (16.12.1987 – 21.04.1997).En.Alias Bin Abd Ghani (01.05.1997 – 15.03.2001) dan Tn.Hj Ishak @ Ibrahim Bin Embong (01.05.2001 – 01.05.2004) Nik Hasbollah Bin Abdullah(01.09.2004 sehingga sekarang)

 

         Walaupun sekolah ini terletak di sekolah luar bandar,namun tidak pernah dilupakan. Pada tahun 1989 Menteri Besar Terengganu telah datang ke sekolah ini,untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG. Beliau telah bermurah hati untuk meluluskan pembinaan ‘Gajah Menyusur’ sepanjang tiga puluh meter.

 

          Pada 19.9.1991 Yang Berhormat Mulia Dato’ Haji Tengku Mahmud bin Mansur

(Timbalan Menteri Perusahaan Utama Malaysia) telah datang ke sekolah ini untuk tujuan

yang sama dan meluluskan bantuan pakaian seragam kepada semua murid sekolah ini.

 

     

           Pada tahun 1993 sekolah ini telah menerima peruntukan perpustakaan di bawah Program Bacaan Sekolah Rendah Luar Bandar berjumlah RM 10,000.00.

 

          Sekarang sekolah ini mempunyai dua puluh lima orang guru dan seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah, lima orang pekerja dan empat ratus satu orang murid, enam buah bangunan bilik darjah,sebuah kantin sebuah makmal komputer yang baru siap dibina dan mula digunakan awal Fabuari 2004  dan sebuah madrasah. Infrastuktur dan lain-lain kemudahan seperti bilik darjah, hard stand dan pagar berada di tahap yang mendukacitakan, jika di bandingkan dengan sekolah-sekolah lain, di daerah Besut ini. Akhir sekali pada tahun 2007 SKT mencatat sejarah dalam kecemerlangan UPSR, seramai 11 orang murid mendapat 5A, rekod tertinggi sejak ditubuhkan.

skt.jpg


Sekolah Kebangsaan Tempinis
22020 Jerteh Terengganu.
 
Guru Besar- Hjh.Rangidah Bt Jamaludin
PK1          - Hj.Md Nasir bin Md Nor
PK HEM   - Hjh.Wan Sukiah Bt. Wan Ahmad
PK KO     - Hj Safie bin Majid
 
email:sktps.ppdbesut@gmail.com
Tel: 6096975189
Fax:6096974704

KOD SEKOLAH : TBA0030

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPINIS

 

 UNTUK

MENCAPAI PUNCAK

KESEMPURNAAN MATLAMAT

PENDIDIKAN

 

 

 

 

 

MISI

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPINIS

  

MENINGKATKAN

KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN

SEMUA PROGRAM

DAN AKTIVITI PENDIDIKAN

 

 

pintu.jpg

dataran.jpg

makmal.jpg




Bersama melonjakkan Prestasi Pendidikan

UNIT ICT SKT